KUALA LUMPUR : Pelaksanaan hukuman denda yang tinggi semata-mata tidak mampu menyelesaikan isu pencemaran air yang terus berlaku.
Sebaliknya jelas aktivis alam sekitar, Amlir Ayat, perkara itu juga memerlukan pemantauan yang sewajarnya.
"Kalau kita ada hukuman denda yang tinggi pun, tetapi kalau pemantauan tidak dilaksanakan dengan baik, atau penguatkuasaan itu masih longgar, maka saya rasa ia tidak akan menyelesaikan masalah. Kita tahu banyak premis-premis atau tempat-tempat yang mencemarkan.
"Namun, kita lihat masih ada kelonggaran dari sudut pelaksanaan pemantauan dan juga penguatkuasaan. Satu perkara yang perlu diberi tumpuan oleh kerajaan baik di peringkat negeri mahupun Persekutuan.
"Salah satu perkara yang menjadi penghalang kepada pihak penguatkuasa ialah banyak industri-industri ada di negara kita khususnya di Selangor. Jadi nak memantau itu memerlukan sumber manusia yang tinggi. Ini perkara yang perlu diperhatikan," katanya kepada Astro AWANI pada Jumaat.
BACA: Dewan Rakyat: Pindaan Akta 655 dalam penelitian, hukuman lebih tinggi jika cemar bekalan air
BACA: Pindaan Akta 655 mampu kekang masalah pencemaran air - MB Selangor
Ujar beliau, Malaysia mempunyai undang-undang yang sudah cukup baik terhadap pesalah yang mencemarkan sumber air.
Namun, cabarannya ialah bagaimana untuk memastikan pemantauan boleh dilakukan dengan lebih cekap sama ada melalui sumber tenaga manusia, peralatan, kenderaan, mahupun industri.
"Kadang-kadang ada kesukaran untuk penguatkuasa masuk ke kilang-kilang dan kawasan industri dan memerlukan kenderaan atau alat yang canggih," ujarnya.
Pada Khamis, media melaporkan Kementerian Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim dalam proses meminda Akta Industri Perkhidmatan Air 2006 (Akta 655).
Menterinya, Nik Nazmi Nik Ahmad berkata ia kini berada di peringkat semakan dan penelitian kementerian sebelum diangkat untuk kelulusan Jabatan Peguam Negara.
Jelas beliau, pindaan terhadap Akta 655 dijangka dibentangkan di Dewan Rakyat pada Jun, melibatkan tiga perkara utama terhadap aktiviti pencemaran air.
"Ia melibatkan tiga perkara utama bertujuan meningkatkan tahap hukuman dan kadar denda kepada tindakan yang berisiko pencemaran kepada mana-mana alur air atau sistem bekalan air.
"Dalam hal ini, peningkatan melibatkan denda daripada RM100,000 kepada RM10 juta, manakala hukuman penjara dinaikkan daripada setahun kepada 15 tahun atau kedua-duanya sekali.
"Kedua, ia melibatkan penyenaraian kesalahan-kesalahan baharu seperti apa-apa perbuatan yang menyebabkan atau yang mungkin menyebabkan penutupan sistem bekalan air kepada pengguna dengan melepaskan apa-apa kumbahan, benda atau bahan.
"Ketiga membolehkan pemegang lesen dan pengguna air menuntut semula kos bagi memulihkan semula kos sistem bekalan air yang dicemari daripada pihak yang didapati bersalah.
"Ini melibatkan Seksyen 121 dan Seksyen 122 Akta 655," katanya pada sesi Pertanyaan-Pertanyaan Menteri di Dewan Rakyat pada Khamis.
Rachael Larimore
Fri Feb 17 2023
Amlir berkata, pelaksanaan hukuman denda yang tinggi semata-mata tidak mampu menyelesaikan isu pencemaran air yang terus berlaku. - Gambar/ Astro AWANI
AWANI Ringkas: Skim harga maksimum musim perayaan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Jenazah ADUN Sungai Bakap selamat dikebumi
Terdahulu, jenazah Nor Zamri dimandi dan dikafankan di Hospital Seberang Jaya (HSJ) sebelum dibawa ke rumahnya yang bersebelahan Masjid Jamek Sungai Acheh.
Persekitaran produksi sistem MyInvois dibuka mulai hari ini - LHDN
LHDN memaklumkan ia menunjukkan kemajuan terkini ke arah pelaksanaan mandatori e-Invois yang akan bermula pada 1 Ogos depan.
Fitnah menteri: Mahkamah Singapura perintah adik bekas PM Singapura bayar S$400,000
Mahkamah juga mengarahkan Lee Hsien Yang membayar S$51,000 sebagai kos kepada setiap menteri.
Pearly-Thinaah harap dapat teruskan rentak
Turun selaku pilihan kedua kejohanan, mereka hanya memerlukan 31 minit untuk menumpaskan Setyana Mapasa-Angela Yu dari Australia.
Kekosongan kerusi DUN Sungai Bakap dimaklum kepada SPR esok - Chow
Setiausaha DUN Azizal Ahmad akan memaklumkan perkara berkenaan dan seterusnya kerajaan negeri menyerahkan kepada SPR bagi tindakan selanjutnya.
HUAWEI lancar pameran XMAGE terbesar di samping rai karya pengguna
HUAWEI julung kalinya melancarkan pameran HUAWEI XMAGE di Malaysia dengn tema 'A Heartwarming World, 12 Years of Huawei Photography' di samping meraikan hasil karya pengguna.
Semarakkan perpaduan menerusi Sambutan Minggu Perpaduan 2024
Kementerian Perpaduan menganjurkan Sambutan Minggu Perpaduan 2024 peingkat kebangsaan di Angsana Mall, Johor Bahru dalam usaha menyemarakkan lagi semangat perpaduan dalam kalangan rakyat Malaysia.
Rangkuman hari terakhir Persidangan Nikkei & lawatan rasmi PM
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan delegasi Malaysia berangkat pulang ke Kuala Lumpur selepas selesai menunaikan solat Jumaat di Masjid Camii, Tokyo.
Tiket perlawanan Selangor FC 'sold out' lagi
Aksi membabitkan Selangor FC menentang Negeri Sembilan dalam saingan Liga Super habis terjual. Ini merupakan perlawanan kedua berturut-turut tiket perlawanan Selangor FC habis terjual.
Pindaan Akta 655: Hukuman denda tinggi perlu selari dengan pemantauan - Aktivis
Pelaksanaan hukuman denda yang tinggi semata-mata tidak mampu menyelesaikan isu pencemaran air yang terus berlaku.
Nyahwarta HSKLU: Masih banyak penelitian perlu dilakukan - Aktivis alam sekitar
Pada awal Februari 2020, Kerajaan Negeri Selangor mengemukakan cadangan menyahwartakan 931.17 hektar daripada 957.63 hektar keluasan HSKLU.
Sampai bila-bila pun masalah air takkan selesai kalau...
Gunalah teknologi canggih mana pun, ia takkan menyelesaikan masalah air yang kita hadapi jika sikap kita masih mengendahkan kepentingan kesejahteraan alam sekitar, kata Amlir Ayat.
Pencemaran sungai mungkin berpunca dari pihak industri yang terjejas - Aktivis
Kekangan dan sumber kewangan yang terjejas sepanjang tempoh pandemik mungkin membuatkan golongan ini mencari jalan mudah melupuskan sisa industri.
'Menyemai kesedaran melalui pendidikan perlu disegerakan'
AWANI745 hari ini membincangkan kesedaran isu alam sekitar bersama Perunding Alam Sekitar, Amlir Ayat.
Pasca banjir: Sukarelawan membantu kerja pembersihan
Pasca banjir di Pantai Timur, antara yang turut membantu meringankan kerja pembersihan adalah sukarelawan-sukarelawan.